Powered by Blogger.

Test Footer 2

Monday, July 23, 2012

Snow Almond


Nama Resepi Snow Almond
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (takder, mklang guna vanila je)
1/2 bj kuning telur

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (mklang guna susu tepung jer)
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan
Cara Pembuatan
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Lain-lain -

Sunday, July 22, 2012

Biskut Badam


Nama Resepi Biskut Badam
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
200 gm mentega
150 gm gula halus
1 biji telur
20 ml susu segar
1 camca teh esen badam
300 gm tepung halus
50 gm tepung jagung
40 gm tepung kastard
1 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk penaik
4 camca besar kelapa kering
Sedikit putih telur
Badam - untuk hiasan
Cara Pembuatan

Pukul mentega bersama gula halus hingga putih. Masukkan telur, susu dan esen badam. Kacau rata. 

Masukkan semua tepung, serbuk kayu manis, serbuk penaik dan kelapa kering. Kacau sebati. 

Ambil sedikit adunan, bentukkan bebola dan tekan leper. Sapu sedikit putih telur dan tekan badam di atasnya. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
Lain-lain -

Biskut Badam Berhias


Nama Resepi Biskut Badam Berhias
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
Mentega 125 gm
Gula aising 60 gm
Kuning telur 1 biji
Badam kisar 50 gm
Tepung gandum 200 gm
Badam berkulit di potong dua 100 gm
Cara Pembuatan

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur pukul hingga sebati. Campurkan badam kisar diikuti dengan tepung gandum. 
Uli sebati canai & terap. Sapu dengan kuning telur & hiaskan dengan badam bakar hingga masak. Hias mengikut kegemaran anda atau dengan coklat cair.
Lain-lain
Tambahan:
Masa membakar 15 minit
Suhu ketuhar 160'C
Jumlah biskut 26 keping

Biskut Badam Bertatah Coklat Putih


Nama Resepi Biskut Badam Bertatah Coklat Putih
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
250 g marjerin
100 g gula perang
70 g gula kastor
350 g tepung halus
50 g tepung jagung
½ camca besar soda penaik
1 ½ camca teh garam
2 camca teh esen vanila
80 g emping badam
Untuk hiasan:
200 g coklat masakan, dicairkan
200 g coklat putih, dicairka
Cara Pembuatan

Putar marjerin bersama gula perang dan gula kastor hingga ia kembang. Kaup balikkan tepung halus bersama tepung jagung, soda penaik, garam dan esen vanila hingga ia sebati. 
Kaup balikkan empingan badam hingga ia sebati. Ratakan sedikit adunan di dalam acuan kecil pilihan. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 20 minit. 
Biar ia sejuk. 
Sapukan permukaan biskut dengan coklat masakan, biar ia keras. Lakarkan permukaan coklat masakan tadi dengan coklat putih. 
Buat hingga ia habis, biar ia keras. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Lain-lain -

Biskut Badam Coklat


Nama Resepi Biskut Badam Coklat
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
100 g mentega
50 g gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
110 g tepung kek
15 g tepung jagung
200 g badam hancur
200 g bertih coklat
Cara Pembuatan

Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung kek dan tepung jagung. 
Kacau rata. Campur badam hancur bersama bertih coklat dan diuli sebati. Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit. Canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. 
Sapu putih telur sebelum dibakar pada suhu 170'C.
Lain-lain -

Biskut Badam Kisar


Nama Resepi Biskut Badam Kisar
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
300 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm badam yang dikisar
400 gm tepung gandum
¼ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
Cara Pembuatan

Kacau mentega dengan gula sampai putih. Masukkan esen vanila, garam dan badam. 
Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga cukup lembutnya. 
Canai dan terap dengan acuan. Bakar hingga masak.
Lain-lain -

Biskut Badam Strawberi


Nama Resepi Biskut Badam Strawberi
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
250 gm mentega
100 gm gula aising
100 gm badam kisar (dibakar dulu)
100 gm coklat (rice)
50 gm tepung jagung
1 sudu teh pes strawberi
20 gm susu tepung
2 biji kuning telur
220 gm tepung gandum
Secukupnya mangkuk kertas dan coklat cip
Cara Pembuatan

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul sedikit. 
Masukan tepung jagung, badam kisar, pes strawberi, susu tepung dan tepung gandum. 
Setelah itu masukkan coklat (rice). Masukkan adunan ke dalam plastik piping dan picit ke dalam mangkuk kertas. Hias atasnya dengan coklat cip.
Lain-lain -

Biskut Balah


Nama Resepi Biskut Balah
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¼ cawan gula halus
6 camca besar majerin
1 biji telur
2-3 camca besar susu cair
kurma dibelah empat
secubit garam
Cara Pembuatan

Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak terlebih dahulu berselang-seli dengan susu. 
Jika adunan lembik, masukkan ke dalam peti sejuk. Ambil sejemput adunan dan leperkan, letakkan belahan buah kurma, bungkus adunan kemudian letakkan di dalam acuan berlenser. 
Sapu kuning telur dan atur buah badam potong, bakar dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
Lain-lain -

Biskut Batang Mancis


Nama Resepi Biskut Batang Mancis
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
175 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji telur gred B
150 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar serbuk badam
1 sudu teh vanila
Coklat masakan
Coklat rice
Cara Pembuatan

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, vanila, susu, badam dan kedua-dua jenis tepung. 

Ambil sedikit adunan dan pam di atas dulang pembakar. Biar sejam baru dibakar. 

Sejukkan dahulu sebelum hujungnya dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Tabur coklat rice.
Lain-lain -

Biskut Batik


Nama Resepi Biskut Batik
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan Majerin - 1 cawan 
Milo - 1 cawan 
Susu Pekat - 1 cawan 
Kacang Tanah - ½ cawan 
Biskut Marie - 10 keping
Cara Pembuatan

Panaskan kuali. Masukkan majerin dan panaskan sehingga cair. Kemudian masukkan milo, susu pekat gaul sehingga sebati. 

Setelah itu masukkan kacang tanah yang telah sibuang kulit dan ditumbuk halus. Akhir sekali masukkkan biskut. Gaul semua sekali sehingga sebati. 

Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti ais.
Lain-lain
Cadangan Hidangan:
Makan bersama `kopi o`. Sesuai untuk 4 orang sahaja. Kalau yang lain nak menumpang boleh jugak.

Biskut Batik Mawi


Nama Resepi Biskut Batik Mawi
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
1 ketul buttercup 250g
1 cawan nestum (dikisar)
1 cawan kacang tanah (dikisar)
¼ cawan gula
¼ cawan susu cair
½ sudu teh esen vanilla
1 cawan milo
4 biji telor 
1 gelas air masak suam
2 sudu besar serbuk koko
½ kilo biskut merry - besar potong 2
Cara Pembuatan

Semua bahan kecuali biskut dimasukkan ke dalam kuali. masak hingga pekat. 
kemudian susun biskut merry dalam bekas, tuang adunan, tekan supaya mampat. sejukkan ,kemudian masukkan kedalam peti sejuk
Lain-lain
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk minum petang dan bila-bila suka,  potong apabila sejuk

Biskut Batik Rupawan


Nama Resepi Biskut Batik Rupawan
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan 1 Bungkus Biskut Merries 
3 Camca Marjerin 
½ Cawan Koko 
1 ½ Cawan Milo 
1 Tin Susu Cair 
200 gram gula pasir
Cara Pembuatan 1. Campurkan koko dan milo bersama susu cair dan gula. 
2. Masak di atas api yang perlahan 
3. Kacau jangan berhenti dan bila gula telah cair, tutup api. 
4. Letak ditepi. 
5. Panaskan kuali dan masak marjerin hingga cair, angkat dan biar hingga suam. 
6. Campurkan kedua-dua bahan ini apabila telah suam. 
7. Susun roti merries selapis di dalam bekas kesukaan anda. 
8. Ambil satu senduk bahan cecair tadi dan tuangkan keatas roti. 
9. Ulang cara 7 & 8 hingga semua roti dan bahan cecair tadi habis. 
10. Masukkan sebentar (20 minit) ke dalam peti ais, biar beku dan sejuk. 
11. Keluarkan adunan tadi dan tekan rata-rata agar ianya rapat dan masukkan kembali ke dalam peti ais. 
12. Apabila hendak makan, keluarkan dan potong kecil-kecil mengikut kesukaan anda. 
13. SELAMAT MENCUBA...
Lain-lain
Cadangan Hidangan:
1. Jika anda menggunakan susu pekat, gula dan susu cair tidak diperlukan lagi.
2. Jika hendak lebih sedap dan harum, masukkan perahan air oren ke dalam bahan cecair sebelum mencampurkan adunan.
-

Biskut Bebola Bijan

Nama Resepi Biskut Bebola Bijan
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
¾ cawan tepung naik sendiri
1 ¼ cawan tepung gandum
¼ sudu teh garam
6 auns mentega
½ biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu
4 auns bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara Pembuatan
Ayak tepung dan garam dalam satu mangkuk. Masukkan mentega dan gaul dengan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
Masukkan gula, kuning telur, vanila dan susu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. 
Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan sebesar buah guli, golekkan dalam bijan. Letakkan di atas tin pembakar, tekan sedikit dengan sudu dan bakar sehingga masak. 
Lain-lain -

Biskut Bee Heaves


Nama Resepi Biskut Bee Heaves
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
75 gm tepung
225 gm tepung gandum
1 sudu kecil emplex
4 sudu kecil kulit oren
2 biji kuning telur
175 gm gula aising
Secubit garam
Putih telur & walnut hancur sebagai hiasan
Cara Pembuatan

Ayak kesemua tepung dan emplex, ketepikan. Panaskan mentega sampai cair dan sejukkan. Pukul telur, gula, garam dan kulit oren hingga sebati. 
Campurkan kesemua bahan lain termasuk mentega yang dicairkan. 
Gunakan beg paiping, masukkan adunan dan paipkan secara bertingkat ke atas dulang pembakar. Sapukan putih telur di atas biskut dan taburkan walnut hancur. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 150C.
Lain-lain -

Biskut Berkhasiat


Nama Resepi Biskut Berkhasiat
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
113.4 gm mentega
¾ cawan gula perang
½ camca teh esen vanila
1 biji telur
½ cawan tepung berserbuk penaik
1 ½ cawan emping jagung
¼ camca teh garam
¾ cawan wheatgerm
1/3 cawan kelapa
1/3 cawan oat
113.4 gm kismis
Cara Pembuatan
Pukul mentega bersama gula perang. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak, wheatgerm, kelapa, oat, kismis dan emping jagung. 
Kacau hingga rata. Cedok secamca adunan dan bulat-bulatkan. Tekan atasnya sedikit. 
Susun adunan di dalam dulang pembakar yang dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam ketuhar 20 minit pada kepanasan 160 darjah. 
Lain-lain -

Biskut Bertih Beras


Nama Resepi Biskut Bertih Beras
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
270 gm mentega
135 gm gula perang
250 gm bertih beras
2 biji kuning telur
1 sudu kecil vanila
50 gm kelapa kering
270 gm tepung gandum
2 sudu besar koko
2 sudu besar milo
Cara Pembuatan
Pukul sebati mentega dan gula perang. Masukkan kuning telur dan kacau rata. 

Campur bahan-bahan lain dan uli sebati. Terap dengan acuan persegi dan sapu kuning telur di atasnya. 

Tabur bertih beras di atasnya dan bakar. 
Lain-lain -

Biskut Bijan


Nama Resepi Biskut Bijan
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
3 gelas tepung ubi
1 gelas tepung gandum
1 gelas bijan
2 biji kuning telur
1 gelas mentega
1 ½ gelas gula halus
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil esen vanila
Cara Pembuatan
Tepung ubi, tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama terlebih dahulu. Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. 
Masukkan bijan dan tuangkan tepung sedikit demi sedikit. Terap dengan acuan sesuka hati dan bakar hingga kekuningan. 
Lain-lain -

Biskut Bintang Malam


Nama Resepi Biskut Bintang Malam
Anggaran Kos Bahan RM9.99
Bahan-bahan
100 g mentega
25 g gula aising
1 camca teh esen vanila
130 g tepung serba guna
100 g coklat cair
Manik berwarna secukupnya
Cara Pembuatan
Putar mentega bersama gula aising hingga ia kembang. Masukkan esen vanila bersama tepung serba guna, gaul hingga ia sebati dan menjadi doh. 
Canai hingga 6 mm tebal, terap dengan acuan pilihan. Susun di atas tin bakar. Buat hingga habis adunan. 
Bakar ia pada suhu 180'C, 15 minit. Biar ia sejuk. Celup biskut di dalam coklat cair dan tabur manik di atasnya. 
Lain-lain -